Soal hati ini usahlah ditanya.
Sebab kau tahu aku kalah dalam permainan perasaan.
Kalau boleh aku nak tampal kat dahi aku dan berjalan sekeliling dunia.
Tampal perkataan loser.
Aku kalah di setiap medan yang mereka gelar percintaan.
Terkadang aku kalah sebelum berperang.
Aku bosan apabila perlu mengangkat senjata apabila ada pihak yang terlebih dahulu memuntahkan peluru.
Tiada apa yang tinggal.
Hanya habuk.
Usah kau korek hati aku untuk mencari cinta.
Kau korek lah sedalam mana.
Kau salami puas-puas.
Yang kau jumpa hanyalah serpihan.
Kau kumpul serpihan itu kalau kau mahu.
Kau simpan di dalam botol kaca untuk kau tatap.
Sebab hanya itu yang aku mampu berikan pada kau.
Serpihan cinta.
Kalau kau sudah jemu dengan serpihan cinta aku akibat perang yang tiada noktah, kau hanyutkan lah ke laut. Kau lontarkan botol itu jauh-jauh dari pandangan mata.
Kau?
Kau boleh angkat kaki dan mengambil kembali cintamu yang menggunung itu.
Berikan pada yang layak menjaganya dan membajanya.
Agar cintamu tetap subur dan mekar.
Biar dia sirami cintamu itu dengan penuh perasaan.
Ya. kerana dia lebih layak!
Aku?
Biarkan saja serpihan cintaku itu terus layu di dalam botol di tengah lautan.
Tidak mengapa hidup berseorangan.
Bahagia tanpa perlu menyakiti dan disakiti.
Mungkin tika itu aku perlu kabarkan pada dunia aku sudah tidak punya hati dan perasaan.
**3 Disember 2011
